Justin mara final Terbuka Macau

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Justin Hoh melakar kejayaan bermakna apabila mara ke final pertamanya dalam Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Terbuka Macau Super 300 pada Sabtu.
Beraksi di gelanggang Macau East Asian Games Dome, Justin bangkit daripada kekalahan di set pertama sebelum mempamerkan semangat juang tinggi untuk memastikan kemenangan dalam set penentuan ke atas wakil India, Tharun Mannepalli.
Kemenangan 19-21, 21-16, 21-16 dalam masa 81 minit itu turut menjadikan Justin pemain perseorangan lelaki pertama negara melangkah ke pentas final kejohanan Super 300 musim ini.
Di pentas akhir, Justin bakal berdepan sama ada wakil India, Lakshya Sen atau pemain muda Indonesia, Alwi Farhan yang akan menentukan tempat ke final dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
