Tarif AS berkuat kuasa 8 Ogos - Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bercakap pada sidang akhbar berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) di Menara MITI hari ini. Foto Bernama
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bercakap pada sidang akhbar berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) di Menara MITI hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tarif timbal balas ke atas eksport Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus akan dikuatkuasa mulai 8 Ogos.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sidang media pada Jumaat.

Menurutnya, pengurangan tarif yang diperoleh merupakan keputusan menang-menang bagi Malaysia dan AS.

"Ia juga mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh Malaysia-AS yang dibina sejak 68 tahun lalu.

"Kerajaan berharap pengumuman kadar tarif ini memberi ketentuan (certainty) kepada para pengeksport dan para pemain industri.

"MITI juga menggesa para pemain industri untuk memanfaatkan sepenuhnya 18 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia untuk mempelbagaikan dan meluaskan pasaran eksport mereka," katanya pada sidang akhbar berkaitan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) di Menara MITI hari ini. 

Sebelum ini, MITI menegaskan bahawa keputusan AS untuk mengurangkan tarif timbal balas ke atas eksport Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus dicapai tanpa menjejaskan hak kedaulatan negara untuk melaksanakan dasar-dasar penting demi menyokong kestabilan dan pertumbuhan sosioekonomi negara.

Menurut MITI, rundingan tarif antara Malaysia dan AS yang bermula pada 6 Mei 2025 telah dimuktamadkan secara rasmi pada 31 Julai 2025.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!