Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Amanah Perak, NGO gesa polis siasat Ahmad Fadhli

29 Julai 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak siasatan dijalankan terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari susulan satu hantaran di Facebook yang didakwa berbaur penghinaan dan provokatif, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Pengarah Biro Undang-Undang (Kanun) Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, hantaran dimuat naik oleh Ahmad Fadhli pada 26 Julai lalu memaparkan satu karikatur haiwan yang menggambarkan pemimpin negara dan disifatkan sebagai keterlaluan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740919/Amanah-Perak,-NGO-gesa-polis-siasat-Ahmad-Fadhli 

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #NGO #AhmadFadhli #Amanah