Pembantu penguat kuasa JPJ tidak mengaku minta, terima suapan RM1,000
Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, pada Selasa atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM1,000 pada November tahun lalu.
Tertuduh, Faizul Azizin Abdul Wahid, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut pertuduhan pertama, Faizul yang bertugas di JPJ Negeri Sembilan didakwa cuba memperoleh wang tunai RM1,000 secara rasuah daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas sebuah kenderaan yang tidak mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan tidak lulus pemeriksaan Puspakom.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MahkamahSeremban #Rasuah
