Terbuka China: Pearly-Thinaah selangkah ke final

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka China sebentar tadi.
Kejayaan berkenaan dilakar selepas pasangan nombor tiga dunia itu membenam cabaran wakil Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dalam aksi suku akhir secara straight set.
Dalam aksi di Gimnaaium Pusat Sukan Olimpik Changzhou itu, Pearly-Thinaah dilihat tiada masalah untuk mendominasi saingan sebelum menang set pertama 21-16.
Pengalaman nyata menjadi pemisah apabila finalis Terbuka Jepun itu mengesahkan kemenangan 21-12 dalam masa 39 minit permainan dalam kejohanan berstatus Super 1000 tersebut.
Menerusi keputusan tersebut menyaksikan Pearly-Thinaah melebarkan rekod kemenangan ke atas pasangan Jepun itu kepada 4-1.
Menanti mereka dalam aksi separuh akhir pada Sabtu ialah pasangan tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
