Laporan polis dibuat terhadap lelaki sengaja ludah dalam lif

Paparan video seorang lelaki meludah di bahagian butang lif hingga mencetuskan kebimbangan penghuni flat tersebut tular di laman sosial.
Paparan video seorang lelaki meludah di bahagian butang lif hingga mencetuskan kebimbangan penghuni flat tersebut tular di laman sosial.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Seorang pengawal keselamatan membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak bermoral dengan meludah pada dinding butang dalam lif di sebuah flat di sini.

Menerusi perkongsian di Facebook Penang Kini, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.45 pagi semalam dan laporan polis dibuat tiga jam kemudian di Balai Polis Bayan Baru.

Laporan polis tersebut yang tular itu menyatakan, penyebaran video di aplikasi WhatsApp menunjukkan seorang lelaki telah meludah di dalam lif dan bimbang tindakan tersebut boleh memudaratkan kepada penghuni terutama penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Video berdurasi 40 saat itu turut dimuat naik di Facebook dan meraih lebih 97,000 tontonan.

Netizen turut mengecam dan mengkritik perbuatan pengotor lelaki itu selain sikap tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja meludah di dalam lif yang menjadi lokasi tumpuan ramai.

Pelayar media sosial dikenali Mas Sofi berharap pihak berkaitan mengambil tindakan segera terhadap kes tersebut.

"Mohon pihak berkaitan mengambil tindakan segera, perbuatan biadab di tengah-tengah gelombang wabak koronavirus (Covid 19) ini," katanya.

Anna Queen berkata, "Mohon pihak pengurusan mengambil tindakan drastik. Kalau dibiarkan akan berterusan gejala pengotor macam ini."

Artikel Berkaitan:

Ujar Asikin, "Tidak kira ada kaitan dengan wabak atau tidak tetapi perbuatan itu adalah satu kesalahan kerana suka-suka meludah tempat awam. Tiada sivik, jijik dan kotor."

Dalam pada itu, netizen juga mempersoalkan tujuan lelaki berkenaan meludah ke arah butang lif yang boleh mencetuskan kebimbangan ramai.