Bomba puji tindakan berani penduduk bantu padam kebakaran elak api merebak

Anggota bomba memadamkan kebakaran bilik di kuarters kerajaan di Presint 11 Putrajaya. (Kanan: Keadaan sebuah bilik selepas rak baju terbakar dalam kejadian di kuarters kerajaan di Presint 11 Putrajaya pada Jumaat.)
Anggota bomba memadamkan kebakaran bilik di kuarters kerajaan di Presint 11 Putrajaya. (Kanan: Keadaan sebuah bilik selepas rak baju terbakar dalam kejadian di kuarters kerajaan di Presint 11 Putrajaya pada Jumaat.)
A
A
A

PUTRAJAYA - Tindakan pantas penduduk membantu memadam kebakaran dalam bilik sebuah unit kediaman kuarters kerajaan di Presint 11 di sini berjaya mengelakkan api daripada terus merebak pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, Abdul Manaf Che Isa berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan BBP Presint 14 dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 3.37 petang.

Menurutnya, pasukan operasi yang tiba mendapati berlaku kebakaran rak baju di dalam bilik.

"Api tersebut telah cuba dipadamkan oleh penghuni bangunan menggunakan sistem 'riser' yang terdapat di bangunan sebagai langkah awal sebelum ketibaan bomba.

"Tindakan ini sangat berani, sangat praktikal yang mana ia boleh mengurangkan kebakaran merebak," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan dalam insiden ini.

Tambahnya, anggota operasi telah melaksanakan pemadaman dan pencegahan sehingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.49 petang," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!