Covid-19: HTAA pendekkan waktu lawatan

Waktu melawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dipendekkan berkuat kuasa semalam ekoran peningkatan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.
Waktu melawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dipendekkan berkuat kuasa semalam ekoran peningkatan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.
A
A
A

KUANTAN - Waktu melawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dipendekkan berkuat kuasa semalam ekoran peningkatan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Melalui notis hebahan yang dikeluarkan, pengurusan HTAA memaklumkan waktu melawat baharu yang ditetapkan setiap hari adalah bermula jam 1 hingga 2 petang dan jam 5 hingga 6.30 petang.

Langkah itu diambil bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan warga HTAA.

Melalui hebahan itu juga, HTAA menetapkan pelawat yang mempunyai gejala influenza seperti sakit tekak, selesema, demam, cirit-birit dan muntah tidak dibenarkan berada di dalam wad.

"Pelawat yang berisiko tinggi mendapat jangkitan tidak dibenarkan melawat melainkan atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

"Pada masa sama, pihak HTAA turut mengambil langkah mengehadkan bilangan pelawat apabila hanya dua pelawat dibenarkan melawat pesakit pada satu-satu masa," menurut kenyataan hebahan itu.

Selain itu, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah kekal tidak dibenarkan untuk melawat pesakit di wad.

Artikel Berkaitan: