Agong berangkat ke pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269

Agong berangkat ke pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Agong berangkat ke pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 di Istana Negara pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Tunku Idris Iskandar selaku wakil rasmi kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja itu akan dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Selain itu, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang akan bersidang pada 15 hingga 17 Julai ini dijangka lebih hangat susulan kemelut melibatkan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Sudah tentu tumpuan diberikan kepada dapatan pertemuan selama tiga hari ini sama ada polemik isu berkenaan akan berterusan atau diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!