Uji minda, menangi RM500 di SMARTLYMPICS 2025

Rebut RM500 di SMARTLYMPICS 2025

Uji minda dan menangi RM500 di SMARTLYMPICS 2025.
Uji minda dan menangi RM500 di SMARTLYMPICS 2025.
A
A
A

SHAH ALAM – Pengunjung Karnival Siang Malam bertuah kerana berpeluang memenangi wang tunai RM500 menerusi pertandingan SMARTLYMPICS 2025 anjuran Sinar Daily pada 27 Julai ini.

Editor Sinar Daily, Tasnim Lokman berkata, pengunjung khususnya individu berusia 15 tahun ke atas hanya perlu bersaing sesama sendiri dan menguji minda masing-masing melalui sesi soal jawab kuiz.

"Jika anda pantas berfikir, ini mungkin cara paling mudah untuk membawa pulang RM500! Formatnya cukup mudah, cuma beradu kepintaran dengan menjawab soalan trivia sepantas kilat.

"Seramai 30 peserta berdaftar berentap di atas satu pentas di Studio MQT, Karangkraf. Apa yang dipertaruhkan? RM500 untuk juara, tempat kedua (RM300) manakala tempat ketiga (RM200).

"Bukan itu sahaja, peserta tempat keempat dan Pemain Paling Bernilai (MVP) juga akan membawa pulang hamper menarik!" katanya pada Isnin.

Karnival Siang Malam merupakan pesta tahun mega yang berlangsung selama tiga hari dari 25 hingga 27 Julai ini.

Antara tarikan utama seperti pertandingan, go-kart, rumah hantu, zon hiburan interaktif dan sudah semestinya bazar makanan yang pelbagai.

Tidak seperti pertandingan akademik biasa yang memerlukan esei panjang atau ujian bertulis, SMARTLYMPICS disusun ala rancangan permainan antarabangsa penuh aksi, dramatik dan bersemangat.

Peserta akan berentap dalam empat pusingan utama bermula dengan 30 orang dalam Pusingan Satu, diikuti 29 peserta untuk Pusingan Dua dan seterusnya.

Artikel Berkaitan:

Setiap pusingan merupakan pertarungan satu lawan satu di mana peserta hanya diberi masa selama 30 saat untuk menjawab seberapa banyak soalan.

Dengan berbaki tujuh hari lagi untuk mendaftar, Sinar Daily mengajak orang ramai untuk mengimbas kod QR pada poster dan daftar segera. Pendaftaran adalah percuma.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!