Banduan loloskan diri, sembunyi dalam bagasi rakan

LYON - Sebuah penjara gempar apabila seorang banduan nekad melarikan diri dengan bersembunyi di dalam bagasi rakan selnya.
Perkhidmatan Pusat Tahanan Perancis pada Sabtu melancarkan siasatan ke atas insiden itu yang berlaku di Penjara Corbas berhampiran Lyon di tenggara negara tersebut pada Jumaat lalu.
"Banduan berusia 20 tahun itu sedang menjalani hukuman penjara atas beberapa kesalahan.
"Dia mengambil peluang pada hari pembebasan rakannya untuk meloloskan diri," lapor media tempatan.
Sumber rapat penjara itu memaklumkan kejadian itu juga disiasat di bawah kes yang dikaitkan dengan sindiket jenayah terancang.
Susulan itu, siasatan dalam telah dijalankan manakala pendakwa raya Lyon melakukan kajian mereka sendiri. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

