Cenderahati pupular di Pasar Kedai Payang

A
A
A

Penyu memakai topi keledar antara cenderahati pupular semasa ditemui di Pasar Kedai Payang sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu. Penyu pakai topi keledar? Bunyinya memang pelik, tapi itulah cenderamata yang kini digilai di Terengganu sehingga laris bak pisang goreng panas dek kerana menjadi buruan wajib pelancong. Didatangkan dalam pelbagai warna dan gaya, penyu mini bertopi keledar ini bukan sahaja mencuit hati, malah melonjak sebagai antara buah tangan paling popular dari negeri ini, selain keropok lekor dan batik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!