Di mana Nurlelawati?

Hebahan mengenai seorang remaja perempuan Orang Asli di sini dilaporkan hilang sejak 6 Julai lalu.
Hebahan mengenai seorang remaja perempuan Orang Asli di sini dilaporkan hilang sejak 6 Julai lalu.
A
A
A

JERANTUT - Seorang remaja perempuan Orang Asli di sini dilaporkan hilang sejak 6 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, kehilangan Nurlelawati Nes, 17, dilaporkan oleh abang mangsa dua hari kemudian.

Menurutnya, remaja terbabit memiliki ciri-ciri fizikal iaitu berkulit sawo matang dengan ketinggian kira-kira 154 sentimeter dan berat 53 kilogram.

"Remaja itu memakai baju t-shirt jersi warna hijau gelap dan seluar panjang warna yang sama.

"Lokasi terakhir remaja itu dilihat di Kampung Orang Asli Sungai Bangkong di sini pada hari kejadian," katanya.

Ujarnya, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran

Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di talian 092662222.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!