Pemandu Proton Satria didakwa tiada lesen, pandu melulu
08 Julai 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pemandu Proton Satria yang terbabit dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Persiaran Senawang 1 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Seremban pada Selasa atas pertuduhan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna lain, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Iskandar Abd Aris, 20, yang bekerja sebagai penghantar makanan dan juga pesalah muda membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Saiful Sayoti.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kereta jenis Proton Satria secara melulu yang membahayakan orang awam pada Ahad sekitar jam 2 pagi.
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf!
25–27 Julai
9 pagi – 12 tengah malam
Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #memandumelulu #kemalangan #Seremban #viral
