Bomba selamatkan warga emas OKU jatuh perigi buta

Seorang wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) mental terjatuh ke dalam sebuah perigi buta di belakang rumahnya di South Ward, Tanjung Rambutan di sini pada Rabu. Foto JBPM Perak
Seorang wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) mental terjatuh ke dalam sebuah perigi buta di belakang rumahnya di South Ward, Tanjung Rambutan di sini pada Rabu. Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Seorang wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) mental terjatuh ke dalam sebuah perigi buta di belakang rumahnya di South Ward, Tanjung Rambutan di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun bergegas ke lokasi kejadian sejauh 10 kilometer.

Anggota bomba melaksanakan 'size-up' untuk mengeluarkan mangsa. Foto JBPM Perak
Anggota bomba melaksanakan 'size-up' untuk mengeluarkan mangsa. Foto JBPM Perak

"Mangsa berusia 68 tahun terjatuh ke dalam perigi buta yang berkedalaman tiga meter dan mempunyai diameter selebar satu meter.

"Anggota bomba melaksanakan 'size-up' seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap), dengan seorang anggota turun ke dalam perigi untuk mengeluarkan mangsa dengan dipakaikan 'harness' dan diikat pada stretcher (pengusung)," katanya dalam kenyataan.

Mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Foto JBPM Perak
Mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. Foto JBPM Perak

Sabarodzi berkata, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan operasi tamat pada jam 9.39 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!