Rasuah: 2 ADUN Sabah, ahli perniagaan mengaku tidak bersalah
30 Jun 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah di Mahkamah Rasuah Khas, di Kota Kinabalu pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Ketiga-tiga tertuduh iaitu ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy serta Datuk Tei Jiann Cheing atau dikenali sebagai Albert Tei membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf!
25–27 Julai
9 pagi – 12 tengah malam
Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rasuah #Sabah #SkandalrasuahSabah #AdunSabah
