Kilang kitar semula di Meru musnah terbakar

Sebuah kilang kitar semula terbakar di Jalan Haji Abdul Manan, Taman Industri Meru di sini pada Rabu.
Sebuah kilang kitar semula terbakar di Jalan Haji Abdul Manan, Taman Industri Meru di sini pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Sebuah kilang kitar semula musnah dalam kebakaran di Jalan Haji Abdul Manan, Taman Industri Meru di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.14 tengah hari.

Menurut beliau, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang berkeluasan 60x100 kaki persegi dan ketika pasukan bomba tiba, api sedang marak.

"Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian ini setakat ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, operasi pemadaman kini sedang dijalankan dengan kekuatan seramai 22 anggota daripada empat balai iaitu BBP Kapar, Klang Utara, Klang Selatan dan Bukit Jelutong.

"Empat jentera bomba jenis FRT dan dua tangki air digunakan dalam operasi tersebut.

"Setakat ini, operasi masih dijalankan dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," tambah beliau.

Terdahulu, kejadian kebakaran kilang kitar semula itu tular di media sosial dengan beberapa video memaparkan kepulan asap tebal berwarna hitam menjulang tinggi ke udara dari kawasan kejadian.

Artikel Berkaitan:

Beberapa pengguna turut mendakwa kebakaran itu menyebabkan beberapa kenderaan termasuk kereta dan lori yang berada berhampiran turut terbakar, namun perkara itu belum disahkan pihak berkuasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!