SST lebih mesra rakyat
20 Jun 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kerajaan masih berhati-hati dalam mempertimbangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berikutan kebimbangan terhadap beban yang bakal ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna akhir, berbanding pendekatan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ketika ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican menjelaskan, walaupun komuniti perniagaan lebih cenderung menyokong GST, sistem tersebut secara langsung memindahkan beban cukai sepenuhnya kepada pengguna.
Menurut beliau, golongan pemilik perniagaan boleh mengalihkan cukai yang dikenakan terhadap mereka kepada pembeli terakhir dalam rantaian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734645/berita/nasional/sst-lebih-mesra-rakyat
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf!
25–27 Julai
9 pagi – 12 tengah malam
Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #SST #GST #cukai