'Pulut, serawa durian juadah terakhir Jamal, isteri'
18 Jun 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
“Dia makan pulut dan serawa durian bersungguh-sungguh petang itu... tak sangka itulah juadah terakhir kami makan bersama,” demikian luah Suriati Samat, 40, adik kepada Jamal Azizul Samat, 44, yang maut dalam kemalangan di Batu 8, Lepar, Pekan, malam Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, isteri kepada Jamal Azizul, Lizawati Abdullah, 41, turut meninggal dunia, manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki lima beranak itu bertembung dengan sebuah lori.
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf!
25–27 Julai
9 pagi – 12 tengah malam
Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #kemalangan #mangsakemalangan #KarnivalSiangMalam