Lelaki didakwa edar dadah, sebabkan kematian dua wanita
18 Jun 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Rabu atas empat pertuduhan, iaitu memiliki dan mengedar dadah serta memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua wanita di lampu isyarat Temerloh, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.
Tertuduh, Chun Kok Keong, 38, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Tan Chiew King selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
---------------------------------------------
Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf!
25–27 Julai
9 pagi – 12 tengah malam
Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
#SinarHarian #Beritasemasa #mahkamah #kesdadah #sebabkankematian #KarnivalSiangMalam
