Helikopter terhempas berhampiran Gaurikund - Media India

Anggota penyelamat meninjau lokasi sebuah helikopter yang dalam penerbangan dari Dehradun ke Kedarnath terhempas berhampiran Gaurikund di Uttarakhand pada Sabtu. Foto The Times of India
Anggota penyelamat meninjau lokasi sebuah helikopter yang dalam penerbangan dari Dehradun ke Kedarnath terhempas berhampiran Gaurikund di Uttarakhand pada Sabtu. Foto The Times of India
A
A
A

NEW DELHI - Sebuah helikopter yang dalam penerbangan dari Dehradun ke Kedarnath terhempas berhampiran Gaurikund di Uttarakhand pada Sabtu, lapor Xinhua yang memetik media tempatan India.

Menurut laporan media tempatan, terdapat lima atau enam orang berada dalam helikopter itu ketika nahas berlaku.

Cuaca di seluruh kawasan Lembah Kedarnath dilaporkan sangat buruk.

Pasukan penyelamat dikerah ke lokasi untuk mengesan mangsa yang terselamat. - Bernama/Xinhua

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!