'Bot terbalik ketika lakukan pusingan U'

Pasukan penyelamat sedang menjalankan kerja-kerja menaikkan bot yang terbalik.
Pasukan penyelamat sedang menjalankan kerja-kerja menaikkan bot yang terbalik.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - "Semua berlaku dalam sekelip mata, seingat saya kejadian berlaku ketika bot melakukan pusingan U."

Demikian pengakuan salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Harapan di sini pada Jumaat.

Individu yang hanya mahu dikenali sebagai Alvin, 17, berkata, kejadian berlaku ketika bot dinaikinya itu bersama beberapa individu lain kira-kira setengah jam bergerak dari Kelab Layar Diraja Selangor.

"Kejadian itu berlaku dengan amat pantas, saya dan yang lain berada dalam bot, ketika kejadian bot sedang melakukan pusingan U.

"Bot bergerak dengan agak laju ketika itu, tidak sampai 10 saat selepas terbalik, air sudah masuk dalam bot," katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat di Tanjung Harapan di sini pada Sabtu.

Katanya, dirinya kemudian nekad berenang keluar untuk menyelamatkan diri ketika kejadian.

"Keadaan kelam kabut ketika itu, saya berusaha keluar dan menjerit meminta pertolongan.

"Sejurus selepas itu, sebuah bot lain menghampiri lokasi kejadian sebelum membantu menghubungi pihak berkuasa," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan tiga individu termasuk seorang kanak-kanak maut manakala sepasang suami isteri masih hilang apabila bot dinaiki mereka terbalik dalam kejadian di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!