Tiada unsur jenayah libatkan warga Taiwan maut digilis LRT - Polis

Hussein ketika sidang akhbar di IPK Selangor, Shah Alam pada Jumaat.
Hussein ketika sidang akhbar di IPK Selangor, Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden membabitkan seorang lelaki warga Taiwan yang maut digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Pusat Bandar Puchong, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dijalankan setakat ini tidak menemukan sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah.

"Kes terbabit masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Siasatan berdasarkan keterangan yang diambil turut menunjukkan mangsa terjatuh di atas trek LRT berkenaan atas kelakuannya sendiri," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Jumaat.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang individu dipercayai mangsa berjalan berseorangan sebelum terjatuh serta digilis tren LRT di lokasi kejadian.

Insiden itu mengakibatkan mangsa maut di lokasi kejadian.

Siasatan awal polis mendapati mangsa berumur 63 tahu itu masuk ke negara ini pada 31 Mei lalu dan kejadian yang menimpa mangsa turut dimaklumkan kepada pihak kedutaan dan keluarganya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!