Selamba lunjur kaki dalam kapal terbang

Dua wanita mengangkat kakinya pada kerusi penumpang lain hingga mendapat kecaman netizen.
Dua wanita mengangkat kakinya pada kerusi penumpang lain hingga mendapat kecaman netizen.
A
A
A

SEORANG penumpang sebuah penerbangan terkejut apabila melihat dua wanita duduk dalam keadaan kakinya melunjur ke atas selain disandarkan pada kerusi penumpang lain.

Menerusi laporan Daily Star, penumpang itu tidak menghiraukan penumpang lain sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.

Keadaan itu berlaku kerana wanita tersebut berasa tidak selesa ekoran ruang tempat duduk agak terhad menyukarkan dia mahu merenggangkan jarak antara dua kaki.

Aksi mereka itu sempat dirakam oleh penumpang lain sebelum dimuat naik di Instagram Passenger Shaming hingga tular di laman sosial.

Perkongsian gambar berkenaan mendapat kutukan dari netizen selain menyifatkan wanita berkenaan tidak menghormati penumpang lain yang berada di dalam pesawat tersebut.

Kata sja693, "Penumpang berkenaan tidak ada perasaan malu hingga membuatkan penumpang lain tidak selesa."

"Seorang yang menjengkelkan. Mungkin jika wajah mereka didedahkan, mereka tak buat lagi tingkah laku seperti itu," ujar markle.

Artikel Berkaitan: