Maut dikelar suami: Jenazah Iecah selamat dikebumikan

Jenazah Iecah Junus, 34, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, Tangkak. Gambar kecil: Iecah
Jenazah Iecah Junus, 34, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, Tangkak. Gambar kecil: Iecah
A
A
A

TANGKAK - Jenazah wanita yang dikelar suaminya dalam satu kejadian di Bukit Gambir, Tangkak, Isnin lalu selamat dikebumikan sekitar jam 8 malam, pada Rabu.

Jenazah Iecah Junus, 34, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, Tangkak selepas proses bedah siasat selesai di Hospital Melaka sekitar jam 4.30 petang.

Jenazah Iecah Junus, 34, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, Tangkak
Jenazah Iecah Junus, 34, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, Tangkak

Jenazah yang tiba dari Melaka kira-kira jam 6.45 petang itu disembahyangkan di kediaman ibunya, Fatimah Seman, 63, selepas Maghrib.

Bapa Iecah (duduk, kiri) kelihatan sebak semasa pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, Tangkak pada Rabu.
Bapa Iecah (duduk, kiri) kelihatan sebak semasa pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, Tangkak pada Rabu.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan yang turut dihadiri ahli keluarga, saudara dan orang kampung sepanjang proses pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan oleh kecederaan kelar pada bahagian leher.

Sebelum ini, suami kepada wanita berkenaan direman tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Tangkak.

Artikel Berkaitan:

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Lee Kim Keat, selepas permohonan dilakukan pegawai penyiasat bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 dan 435 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!