Nik Nazmi ikut jejak Rafizi, letak jawatan menteri
28 Mei 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Selepas Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, Nik Nazmi Nik Ahmad turut mengikut jejak sama berkuat kuasa 4 Julai depan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata, keputusan tersebut susulan kegagalannya mempertahankan jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Jelas beliau, kedudukan ketika itu sebagai Naib Presiden PKR merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikan dirinya ke Kabinet.
#BeritaSemasa #SinarHarian #NikNazmi #PKR #letakjawatan
