Pasangan kekasih hidup mewah edar dadah ditahan

Dzulkhairi (tengah) menunjukkan barang rampasan termasuk dadah pelbagai jenis dalam serbuan dilakukan JSJN Melaka pada Selasa lalu.
Dzulkhairi (tengah) menunjukkan barang rampasan termasuk dadah pelbagai jenis dalam serbuan dilakukan JSJN Melaka pada Selasa lalu.
A
A
A

MELAKA - Pasangan kekasih yang hidup mewah disyaki menjalankan kegiatan mengedar dadah sejak tahun lalu berjaya ditumpaskan dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka pada Selasa lalu.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pasangan kekasih seorang lelaki tempatan dan wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah kondominium di Jalan Syed Abdul Aziz di sini, kira-kira jam11.10 malam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kediaman itu menemui dadah jenis ketamin seberat 70 gram bernilai RM100 dan hasil soal siasat ke atas suspek telah membawa serbuan di sebuah lagi kondominium di Jalan Klebang Kechik

"Selain itu polis merampas pelbagai jenis dadah dipercayai untuk pasaran tempatan iaitu Heroin seberat 2,150 gram, syabu (350 gram), ketamin (100 gram) MDMA (50 gram) dan pil ekstasi (5,500 biji).

"Polis turut menyita harta milik suspek bernilai RM40,020 termasuk satu rantai leher emas, wang tunai RM280 dan satu kereta Proton Saga FLX dengan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggarkan RM362,370," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, di sini, pada Selasa.

Tambahnya, hasil soal siasat awal pasangan kekasih itu juga dipercayai memperoleh pendapatan kira-kira RM5,000 sebulan dengan melakukan sindiket terbabit.

"Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula Rabu lalu dan akan disambung reman bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!