Arab Saudi syor ‘lockdown’ enam jam di Arafah dan Mina elak strok haba
25 Mei 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Jemaah haji diingatkan agar tidak keluar dari khemah masing-masing terutamanya antara jam 10 pagi hingga 4 petang semasa berada di Arafah dan Mina bagi mengelakkan risiko strok haba yang boleh mengancam nyawa, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, langkah itu selaras dengan arahan dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang mengesyorkan pelaksanaan ‘lockdown’ pada waktu tersebut.
#SinarHarian #Beritasemasa #Haji2025 #jemaahhaji #makkah #haji #tabunghaji #strokhaba
