Tiga wanita cedera ketika mendaki Bukit Tokki

Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa.
Foto ihsan JBPM
Anggota bomba memberi bantuan kepada mangsa. Foto ihsan JBPM
A
A
A

KUANTAN - Tiga wanita cedera ketika mendaki Bukit Tokki di Beserah di sini pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.27 petang.

Susulan itu katanya, enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Komander operasi melaporkan terdapat sekumpulan pendaki yang terdiri daripada lima lelaki dan enam wanita dewasa.

"Terdapat tiga wanita dewasa cedera semasa mendaki bukit yang mana seorang daripada mereka dipercayai cedera di bahagian pinggul hingga ke bawah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, operasi untuk membawa turun mangsa ke kaki bukit dijalankan dengan menggunakan pengusung.

Jelasnya, dua wanita yang cedera ringan diiringgi anggota bomba untuk turun ke lokasi selamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!