Saifuddin sebak, takut kehilangan Rafizi
24 Mei 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, melahirkan kebimbangannya bahawa PKR akan kehilangan khidmat Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan parti, lapor wartawan Sinar Harian, Haizir Othman.
Dalam nada sebak, Saifuddin berkata beliau menganggap Rafizi seperti adik sendiri walaupun pendapat mereka kadangkala bercanggah, termasuk berkaitan pandangan Rafizi tentang kelayakan seorang ahli baharu untuk bertanding dalam pemilihan parti.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #SaifuddinNasutionIsmail #RafiziRamli
