Rafizi enggan ulas lanjut kalah pemilihan PKR

Rafizi
Rafizi
A
A
A

JOHOR BAHRU – Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli enggan mengulas lanjut berhubung keputusan pemilihan parti selepas diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Ketika ditemui pemberita, Rafizi hanya berkata, “It’s ok, you should ask the (new) Timbalan Presiden,” sambil menunjukkan riak wajah sedikit kecewa.

Beliau turut kelihatan kurang senang apabila ditanya sama ada beliau menerima keputusan tersebut dengan baik.

“Apa jenis soalan itu?” balasnya ringkas sebelum beredar.

Dalam keputusan rasmi yang diumumkan, Nurul Izzah Anwar disahkan berjaya merampas jawatan nombor dua dalam parti daripada penyandangnya, Rafizi.

Nurul Izzah meraih sebanyak 9,803 undi, manakala Rafizi memperoleh 3,866 undi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!