Nurul Izzah sah Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah
Nurul Izzah
A
A
A

JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Detik bersejarah tercipta dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar menewaskan penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli, sekali gus menjadi wanita pertama dipilih memegang jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Keputusan rasmi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dalam Kongres Nasional Keadilan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada Jumaat.

Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh memperoleh 9,803 undi untuk menewaskan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Rafizi Ramli yang meraih 3,866 undi.

Bagaimanapun usaha untuk pengamal media mendapatkan Nurul Izzah dan juga Rafizi untuk pertanyaan lanjut berkenaan kemenangan tersebut tidak berjaya.

Untuk rekod, Rafizi pernah tewas dalam saingan Timbalan Presiden PKR pada 2018 ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pemilihan 2018, namun berjaya menang pada pemilihan 2022 menewaskan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sebelum ini, pemilihan PKR menjadi tumpuan apabila jawatan Timbalan Presiden menyaksikan persaingan antara dua tokoh utama parti, Rafizi dan Nurul Izzah yang dilihat berpotensi menimbulkan ketegangan dalaman.

KEPUTUSAN PENUH

Presiden

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menang Tanpa Bertanding

Timbalan Presiden

Nurul Izzah Anwar

Bilangan undi: 9,803

Naib Presiden

Datuk Seri Amirudin Shari
Artikel Berkaitan:


Undi diterima: 7,955

Datuk Seri R Ramanan

Undi diterima: 5,895

Datuk Seri Aminuddin Harun

Undi diterima: 5,889

Chang Lih Kang

Undi diterima: 5,757

Ketua AMK

Muhammad Kamil Abdul Munim

Menang tanpa bertanding

Timbalan Ketua AMK

Izuan Kasim

Bilangan undi: 3,339

Naib Ketua AMK

Nabil Halimi

Undi diterima: 2,784

Dr Mohammed Taufiq Johari

Undi diterima: 2,780

Chiew Choon Man

Undi diterima: 2,353

Ketua Wanita

Fadhlina Sidek

Undi diterima: 2,890

Timbalan Ketua Wanita

Juwairiya Zulkifli

Undi diterima: 2,760

Naib Ketua Wanita

Rozana Zainal Abidin

Undi diterima: 2,610

Loh Ker Chean

Undi diterima: 2,608

Datin Rufinah Pengeran

Undi diterima: 2,598

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!