Politik wang: SPRM minta buat laporan

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyarankan mana-mana pihak yang mempunyai bukti dan melihat secara langsung aktiviti politik wang ketika kempen PRK Parlimen Cameron Highlands membuat laporan polis.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya tidak boleh membuat laporan langsung kepada pihak berkuasa kerana tiada bukti kukuh.

"Orang yang mempunyai maklumat langsung (direct evidence) patut buat laporan. Kalau saya buat laporan, apa jenis kenyataan yang boleh saya beri pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

"Semua 'hearsay'. Soalan: awak nampak benda tu berlaku? Jawap: tak. Saya nampak gambar kat twitter. Jadi bagaimana?," soal beliau dalam ciapan Twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab komen seorang warganet menerusi akaun Twitternya bagi menjelaskan situasi mengenai penularan gambar seorang wanita yang memakai baju berlogo PH memberi wang kepada beberapa pemuda yang memakai baju sama.

Tindakan itu pantas mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Begitu pun, PH menegaskan wang diagihkan dalam gambar yang tular di media sosial merupakan pembayaran balik penampungan kos petrol kepada sukarelawan-sukarelawan mereka.

Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH, Arvind Bharet berkata, sukarelawan-sukarelawan itu datang dengan motosikal sendiri dari rumah mereka di kawasan pedalaman ke Tanah Rata pada hari penamaan calon.

Artikel Berkaitan: