Tiada usaha selamatkan perkahwinan, Zahnita nekad bercerai
19 Mei 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Bekas pelakon dan model terkenal, Zahnita nekad untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, selepas berasakan rumah tangga yang dibina sejak hampir dua dekad lalu tidak lagi dapat diselamatkan, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, berkata, keputusan itu dibuat selepas menyedari tiada sebarang usaha daripada pihak suami untuk memperbaiki dan menyelamatkan perkahwinan mereka.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Zahnita #kescerai
