PRN: PH Johor sedia bincang kerjasama politik - Nie Ching
17 Mei 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pakatan Harapan (PH) Johor menyatakan keterbukaan untuk mengadakan perbincangan berhubung kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Timbalan Pengerusi PH Johor, Teo Nie Ching berkata, setakat ini belum ada tarikh ditetapkan bagi PRN tersebut meskipun khabar angin mengenainya semakin hangat diperkatakan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PHJohor #PRN #Politik
