Trump beri idea mengarut, wujudkan 'zon bebas' di Gaza

Unit kereta kebal Zionis ditempatkan di kawasan bersempadan Gaza setelah Israel merancang untuk memperluaskan operasi ketenteraan di wilayah itu.
Unit kereta kebal Zionis ditempatkan di kawasan bersempadan Gaza setelah Israel merancang untuk memperluaskan operasi ketenteraan di wilayah itu.
A
A
A

NEW YORK - Presiden Donald Trump kembali dengan idea mengarut baharu yang mencadangkan Amerika Syarikat (AS) wajar mengambil alih Genting Gaza dan mengubah wilayah itu kepada 'zon bebas'.

"Saya ada konsep yang sangat bagus untuk Gaza. Biarkan Washington terlibat untuk merealisasikannya. Saya berbangga jika ia membabitkan kami," ujar pemimpin itu.

Trump juga mendakwa kononnya enklaf yang binasa akibat kempen pengeboman Israel sejak lebih 19 bulan lalu tidak lagi sesuai untuk didiami.

"Saya ada imej dari pemandangan udara yang jelas menunjukkan kesemua struktur sudah pun menyembah bumi. Ia bukan situasi di mana anda cuba menyelamatkan sesuatu

"Tiada apa lagi yang tinggal. Penduduk Palestin tinggal di kawasan runtuhan yang jelas tidak boleh diterima," lapor New York Post memetik kenyataannya.

Sebelum ini, Trump memberi idea tak masuk akal untuk memindahkan hampir dua juta penduduk keluar dari Gaza. Beliau mahu mengubah wilayah tersebut menjadi destinasi mewah malah pernah berkongsi imej janaan teknologi kecerdasan buatan (AI) tentang keadaan di Gaza pada masa depan.

Sekutu kuatnya, Israel yang merancang mahu 'menakluk' Gaza juga menyokong rancangan tersebut meskipun ditentang keras negara Teluk.

Negara di rantau Asia Barat berulang kali menolak sebarang pelan yang melibatkan pemindahan paksa penduduk Gaza dari tanah air mereka.

Dianggarkan 70 peratus infrastruktur di Gaza telah separa rosak atau binasa sepenuhnya sejak perang genosid itu bermula pada Oktober 2023.

Artikel Berkaitan:

Laporan pada awal bulan mendakwa Israel merancang mewujudkan 'zon kemanusiaan' baharu di kawasan selatan Gaza yang disifatkan sebagai penjara terbuka untuk penduduk Palestin. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!