Tiga maut termasuk kanak-kanak dalam 3 nahas berasingan di Pasir Mas

Kejadian pertama pada jam 9.40 pagi melibat seorang lelaki berusia 20 tahun maut di lokasi selepas motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori Isuzu di Jalan Banggol Che Wan, Meranti, Pasir Mas pada Khamis. (Gambar kecil: Kama Azural)
Kejadian pertama pada jam 9.40 pagi melibat seorang lelaki berusia 20 tahun maut di lokasi selepas motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori Isuzu di Jalan Banggol Che Wan, Meranti, Pasir Mas pada Khamis. (Gambar kecil: Kama Azural)
A
A
A

PASIR MAS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan dua penunggang motosikal maut dalam tiga kemalangan jalan raya berasingan di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, kejadian pertama berlaku pada jam 9.40 pagi di Jalan Banggol Che Wan, Meranti, melibatkan seorang lelaki berusia 20 tahun yang maut di lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai hilang kawalan ketika mengambil selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bergesel dengan bahagian hadapan sebelah kanan lori Isuzu yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kejadian kedua berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari di Baroh Pial, Rantau Panjang, apabila sebuah kereta dipercayai merempuh motosikal yang dinaiki empat sekeluarga.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tanah Merah, manakala bapa mangsa berusia 44 tahun dan dua lagi anaknya cedera serta dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu,” katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta berusia 54 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut dan saringan awal air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

Sementara itu, dalam kejadian ketiga pada jam 6.30 petang di kawasan Perumahan PR1MA Lubok Jong, seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas motosikal Yamaha FZ yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kancil.

Artikel Berkaitan:

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” jelasnya.

Ketiga-tiga kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!