Mohamad Asmawi ditemukan, usaha dapatkan rawatan

Laporan Sinar Harian mengenai rakaman video Mohamad Asmawi yang dilihat berjalan berkaki ayam, meracau dan kelihatan seperti orang kurang siuman tular di laman sosial baru-baru ini.
Laporan Sinar Harian mengenai rakaman video Mohamad Asmawi yang dilihat berjalan berkaki ayam, meracau dan kelihatan seperti orang kurang siuman tular di laman sosial baru-baru ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi, yang tular kerana berkeliaran di sekitar Taman Kerang, Kuantan, telah ditemukan dan akan dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Kemaman.

Presiden Persatuan Hoki Terengganu (PHT), Mohd Fikri Harun berkata, beliau bersama beberapa kakitangan pengurusan telah berusaha menjejaki Mohamad Asmawi sejak videonya merayau di tempat awam sambil meracau seperti orang tidak siuman tular di media sosial.

Beliau berkata, ketika dijumpai, Mohamad Asmawi yang hanya memakai seluar panjang sedang tidur di atas lantai tanpa alas.

“Fizikalnya tampak kurus dan keadaannya juga lemah. Mawi (Mohamad Asmawi) juga tidak sedar kehadiran kami walaupun dahulu cukup rapat dengan saya ketika di PHT.

“Kami tidak boleh mendekatinya secara agresif kerana bimbang Mawi akan melarikan diri ke tempat lain. Ini akan menyukarkan perancangan kami dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membawanya pulang ke kampung di Kemaman,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Fikri berkata, PHT turut merancang untuk membawa Mohamad Asmawi ke hospital bagi mendapatkan rawatan pemulihan daripada pakar.

“Menurut keluarganya, Mawi mengalami gangguan mental sejak sekian lama dan sering berhalusinasi.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarganya, namun keadaannya tidak bertambah baik dan pergerakannya juga sukar dikawal,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!