Pemilihan Parti Keadilan Rakyat bulan ini bukan sahaja dirasai kehangatannya oleh ahli-ahli parti malah turut menarik perhatian seluruh negara rentetan drama-drama yang muncul dalam tempoh itu.Kemunculan Nurul Izzah yang dikatakan akan muncul sebagai pencabar baru jawatan Timbalan Presiden bersama-sama Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail menambah lagi kerancakan persaingan dalam parti itu.