16 mangsa eksploitasi buruh paksa diselamatkan

Antara individu yang ditahan menerusi Op Pintas Mega di sekitar Lembah Klang, pada Khamis.
Antara individu yang ditahan menerusi Op Pintas Mega di sekitar Lembah Klang, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menyelamatkan seramai 16 individu yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa dalam beberapa sektor pekerjaan menerusi Op Pintas Mega di sekitar Lembah Klang pada Khamis.

Operasi di empat lokasi itu dijalankan sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman secara bersepadu bersama Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Mapo), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Sebuah bengkel kereta di Puchong Utama menjadi antara lokasi yang diserbu polis pada Khamis.
Sebuah bengkel kereta di Puchong Utama menjadi antara lokasi yang diserbu polis pada Khamis.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, Op Pintas Mega itu bertujuan membanteras jenayah pemerdagangan orang.

SOFFIAN
SOFFIAN

Menurutnya, empat serbuan telah dilaksanakan melibatkan sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri, Rawang, dua bengkel kereta di Puchong Utama dan tapak pembinaan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

"Operasi ini berjaya menyelamatkan 16 lelaki berusia antara 14 hingga 51 tahun.

Polis menemu bual mangsa yang diselamatkan dalam operasi Op Pintas Mega di sekitar Lembah Klang pada Khamis.
Polis menemu bual mangsa yang diselamatkan dalam operasi Op Pintas Mega di sekitar Lembah Klang pada Khamis.

"Pemeriksaan mendapati mangsa ini terdiri daripada tujuh warga Myanmar, Bangladesh (7 orang), Indonesia (1) dan Malaysia (1)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, selain itu, polis turut menahan enam lelaki yang merupakan majikan dan penyelia membabitkan warga tempatan, Bangladesh serta India untuk tindakan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 12 Akta Atipsom 2007.

Sebahagian individu yang ditahan menerusi Op Pintas Mega di sekitar Lembah Klang pada Khamis.
Sebahagian individu yang ditahan menerusi Op Pintas Mega di sekitar Lembah Klang pada Khamis.

Tambah Soffian, sepanjang operasi terbabit, polis telah menahan 39 warga asing terdiri daripada warga India, Myanmar, Indonesia dan Bangladesh berusia lingkungan 22 hingga 50 tahun untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Tegas beliau, fokus operasi terbabit ialah mengenal pasti mangsa eksploitasi buruh paksa dengan berpandukan kepada National Guidline On Human Trafficking Indicators 2.0.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!