Pekerja binaan maut tersepit dalam mesin pam pasir

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam mesin pam pasir dengan menggunakan peralatan khas.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam mesin pam pasir dengan menggunakan peralatan khas.
A
A
A

MELAKA – Seorang pekerja binaan warga Myanmar maut akibat tersepit dalam mesin pam pasir di sebuah tapak projek perumahan di Pulau Gadong di sini pada pagi Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan 1 Mohd Ismail Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.56 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba bersama sebuah jentera dan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Seorang pekerja lelaki warga Myanmar berusia 26 tahun didapati tersepit di dalam mesin pam pasir ketika sedang bekerja," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, kerja-kerja menyelamat mangsa segera dilakukan menggunakan peralatan khas namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!