Berebut roti tanduri, dua remaja maut dibelasah

Suasana sebuah majlis perkahwinan di Amethi, Uttar Pradesh, India bertukar tragedi apabila dua remaja maut hanya kerana menunggu giliran mengambil roti tanduri. Foto AFP
Suasana sebuah majlis perkahwinan di Amethi, Uttar Pradesh, India bertukar tragedi apabila dua remaja maut hanya kerana menunggu giliran mengambil roti tanduri. Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Suasana sebuah majlis perkahwinan di Amethi, Uttar Pradesh, India bertukar tragedi apabila dua remaja maut hanya kerana menunggu giliran mengambil roti tanduri.

Memetik laporan Times of India, dua remaja berkenaan dikenal pasti berusia 17 dan 18 tahun.

Polis berkata, ketika kenduri kahwin berlangsung, kedua-duanya sedang menunggu giliran di meja yang menghidangkan roti tanduri, namun berlaku pertengkaran dan perebutan antara mereka dengan sepupu pengantin lelaki bersama rakan-rakannya.

Saksi-saksi mendakwa bahawa pelaku merasakan seolah-olah dua remaja terbabit tidak menghormati dan memalukan mereka.

Sekumpulan lelaki termasuk pelaku kemudiannya membelasah mangsa menggunakan kayu hoki, batang besi dan senjata lain sehingga mangsa berlumuran darah.

Mangsa dikejarkan ke hospital oleh orang awam namun, kedua-duanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan semasa proses mendapatkan rawatan.

Polis membuka kertas siasatan selepas menerima laporan dan setakat ini, tiga suspek telah diberkas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!