Pelajar OKU didakwa jadi mangsa buli di GiatMara

Tular video seorang pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) didakwa menjadi mangsa buli di GiatMara Durian Tunggal, Melaka.
Tular video seorang pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) didakwa menjadi mangsa buli di GiatMara Durian Tunggal, Melaka.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) didakwa menjadi mangsa buli di GiatMara Durian Tunggal, Melaka selepas tular satu video di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan warganet.

Pendedahan itu dibuat pengguna TikTok @masdo21 menerusi rakaman berdurasi dua minit yang memaparkan dirinya berbual dengan mangsa di gelanggang badminton sebelum pelajar OKU berkenaan meluahkan perasaan dan memberitahu dibuli pelajar lain.

“Dipendekkan cerita, agak mengejutkanlah bila kawan baharu aku ini yang merupakan OKU lembam pembelajaran jadi mangsa buli. Semua dakwaan itu ada disertakan bersama video sebagai bukti.

“Dia sedang tidur pun kena baling botol, tengah belajar budak-budak ini (sekumpulan pembuli) angkat motor dia simpan dalam sangkar.

“Bila kes ini melibatkan OKU, orang yang buli itu bagi aku memang pengecutlah,” katanya pada Jumaat.

Pemuda terbabit menegaskan, GiatMara perlu mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

“Kalau tiada apa-apa tindakan atau kes tak jadi besar, aku sendiri akan pergi GiatMara Durian Tunggal untuk besarkan kes ini,“ ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!