Tiada tuntutan wang tebusan berkait wanita hilang dalam perjalanan ke SPRM

Laporan Sinar Harian berhubung kehilangan seorang wanita disyaki dilarikan, gagal hadir beri keterangan di SPRM
Laporan Sinar Harian berhubung kehilangan seorang wanita disyaki dilarikan, gagal hadir beri keterangan di SPRM
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan tiada tuntutan wang tebusan berkaitan kehilangan seorang wanita yang dipercayai hilang selepas gagal hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada 9 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini siasatan berkaitan kehilangan individu berkenaan masih giat dijalankan.

"Setakat ini, siasatan mendapati belum ada sebarang petunjuk atau perkembangan mengenai keberadaan wanita ini.

"Siasatan turut mendapati tiada sebarang tuntutan wang tebusan berkaitan kehilangannya kepada keluarganya setakat ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, seramai 12 individu telah dirakam keterangan berhubung siasatan yang dijalankan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita dipercayai telah dilarikan selepas gagal hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya.

Rusdi berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan wanita tersebut di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pada 9 April lalu, kira-kira pukul 3.02 petang.

Jelas beliau, wanita terbabit dijadualkan hadir ke pejabat SPRM pada tarikh berkenaan bagi memberi keterangan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan, namun mangsa tidak hadir pada tarikh tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!