Jemaah haji berangkat ke Makkah secara berperingkat
02 Mei 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kumpulan pertama jemaah haji yang sudah tiba di Madinah sejak 29 April lalu dijangka berangkat ke Makkah Ahad ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.
Pengurus Zon 2 Madinah, Shahidan Ishak berkata, sehari sebelum ke Tanah Suci, taklimat keberangkatan akan diberikan oleh petugas di zon yang ditetapkan serta pegawai bimbingan dan ziarah.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #madinah #Makkah
