Pamer harga ubat: Tiada saman dalam tempoh tiga bulan
02 Mei 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berhasrat untuk mengeluarkan notis saman atau apa-apa tindakan kepada hospital dan farmasi yang gagal mempamerkan harga ubat dalam tempoh tiga bulan 'grace period' Perintah Pemaparan Harga Ubat.
Sebaliknya kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Farmasi) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Azuana Ramli, Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Ubat) 2025 yang dilaksanakan bermula Khamis akan menumpukan kepada penguatkuasaan pendidikan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Putrajaya #Farmasi #PamerHargaUbat
