Negeri Sembilan kekal kedudukan kedua terbaik SPM

Datuk Pkharuddin semasa sidang media hari ini.
Datuk Pkharuddin semasa sidang media hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Negeri Sembilan mengekalkan pencapaian kedudukan kedua terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, indeks Gred Purata Negeri (GPN) pada tahun 2019 meningkat dengan perbezaan sebanyak 0.09 berbanding tahun 2018.

Katanya, GPN pada tahun 2019 mencatatkan peningkatan sebanyak 4.58 berbanding 4.67 pada tahun sebelumnya.

"Seramai 498 calon SPM tahun 2019 daripada 66 sekolah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diambil.

"Sembilan calon daripada tujuh sekolah kerajaan berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran.

"Walaupun pada tahun 2018 seramai 20 calon peroleh semua A+ berbanding tahun ini hanya sembilan orang sahaja, namun jumlah calon yang mendapat semua A meningkat 489 orang berbanding tahun 2018 hanya 420 calon sahaja," katanya.

Antara pelajar cemerlang SPM 2019 Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir bergambar bersama selepas menerima keputusan masing-masing.
Antara pelajar cemerlang SPM 2019 Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir bergambar bersama selepas menerima keputusan masing-masing.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2019 di Kolej Tunku Kurshiah dekat sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Pada tahun ini, Kolej Tunku Kurshiah dinobatkan sebagai sekolah terbaik seluruh Negeri Sembilan, diikuti Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir.

Dalam pada itu, Pkharuddin memberitahu pencapaian calon di luar bandar dan bandar juga meningkat.

Katanya, pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.14 iaitu 4.53 pada tahun 2019 berbanding 4.67 pada tahun 2018.

Menurutnya, pencapaian GPN calon di luar bandar meningkat sebanyak 0.02 iaitu 4.65 pada tahun 2019 berbanding 4.67 pada tahun 2018, menjadikan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar adalah 0.12 pada tahun 2019.

Sementara itu, pelajar terbaik Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Ahmad Mulhim Akmal Azim,17, berkata, fokus dalam kelas dan sentiasa membuat ulangkaji pelajaran antara tip yang diamalkan untuk mencapai kejayaan.

Anak sulung daripada lima adik beradik itu berharap kejayaan tersebut dapat menjadi pembakar semangat kepada adik-adiknya untuk berjaya.