Dari isu tauliah kepada tahap pendidikan calon, membawa ke kontroversi undi lebih penting daripada umrah dan haji sehinggalah pengendalian operasi ladang babi, PRK Ayer Kuning tidak kalah meriah dengan kempen pilihan rayanya.Tanggal 26 April bakal menoktahkan semua isu tersebut apabila seramai 31,897 pemilih akan meletakkan seorang wakil rakyat baru mewakili mereka dalam Dewan Undangan Negeri Perak.