Pelajar sekolah, penguatkuasa PBT antara ditahan polis

Ops Samseng Jalanan yang dilakukan polis di Lebuh Raya Duke awal pagi tadi
Ops Samseng Jalanan yang dilakukan polis di Lebuh Raya Duke awal pagi tadi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 15 lelaki termasuk pelajar sekolah berusia 15 tahun dan seorang penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) antara yang ditahan polis ketika Ops Samseng Jalanan dan Ops Mabuk di Lebuhraya Duke awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia 15 hingga 50 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan trafik seperti menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan pelbagai aksi.

Menurutnya, kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan dan salah seorangnya disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Lebuhraya Duke adalah antara kawasan yang menjadi tumpuan samseng jalanan dan polis dari masa ke semasa melakukan pemantauan dan operasi bagi memastikan kegiatan seperti itu tidak terus berleluasa,” katanya hari ini.

Artikel Berkaitan: