Peragut menyamar jadi penghantar makanan dicekup

Tindakan seorang lelaki dipercayai melakukan jenayah ragut dengan menyamar sebagai penghantar makanan berjaya dicekup.
Tindakan seorang lelaki dipercayai melakukan jenayah ragut dengan menyamar sebagai penghantar makanan berjaya dicekup.
A
A
A

MELAKA - Tindakan seorang lelaki dipercayai melakukan jenayah ragut dengan menyamar sebagai penghantar makanan berjaya dicekup dengan bantuan orang awam di Malim di sini, pada petang Rabu.

Dipercayai individu berusia 30-an itu berjaya dikejar oleh sekumpulan penghantar makanan dari sebuah pasar raya di Bachang hingga ke kawasan Malim.

Berdasarkan video tular berdurasi 46 saat itu menunjukkan suspek berbaju hitam ditahan oleh beberapa individu yang juga pekerja penghantar makanan sebelum diserahkan kepada pihak polis yang hadir ke lokasi kejadian.

Menerusi video itu, beberapa individu mendakwa disebabkan kegiatan suspek telah menjejaskan periuk nasi mereka sebagai penghantar makanan.

Suspek dipercayai mengaburi kegiatan jenayahnya dengan meletakkan beg sebuah jenama penghantar makanan pada motosikal itu yang ditunggangi.

Dalam pada itu, orang ramai turut memuji tindakan kumpulan penghantar makanan itu yang bekerjasama memberkas suspek dipercayai aktif melakukan beberapa jenayah di kawasan Melaka Tengah.

Sementara itu, Ketua Polis Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit yang dihubungi mengesahkan penahanan suspek yang dipercayai terlibat dengan beberapa kes jenayah dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!